Followers

Sunday, 2 August 2015

RESIPI : YUMMY & BREAD PUDDING

 





 
 
  


Bahan-bahan
 
 
 
 
  • 4 keping roti sandwich di dadu kecik2
  • 2 cawan susu segar rendah lemak
  • 3 sb gula perang
  • 1 sk esen vanila
  • 2 biji telur
  • 1 keping cheedar cheese
  • 2 sb coklat cip
  • 3 cawan atau mangkuk tahan panas
  •  
 
 
 
 
Cara-cara
 
 
  • Susun kan 1/2 saja dulu roti yang di dadu kedalam cawan dan taburkan dengan sedikit coklat cip dan ketepikan dahulu.
  • Pukul telur + Brown Sugar = Sehingga sebati
  • Masukkan Vanila + Susu Segar = pukul kan lagi sehingga sebati
  • Tuangkan campuran vanilla dan Susu kedalam Cawan Roti dan masukkan 1/2 lagi roti dan tuangkan sehingga penuh campuran susu td.
  • Taburkan dengan Chocolate Chips dan Cheese parut/potong.
  • Susun kan Cawan kedalam dulang dan tuangkan sedikit air panas kedalam dulang
  • Bakarkan selama 20-25 minutes pada suhu 180-190'C atau ikut panas Oven

 
 
 
 
NOTE:- Bread Pudding ni sedap dimakan panas2. Manis ikut masing2 Gula Perang boleh ditukarkan kepada Gula Halus.
 
 

Sunday, 12 July 2015

IFTAR BERSAMA FAMILY




Alhamdulillah

 
Iftar bersama family sebelum semua balik kampong. Ada yang nak balik Kedah, ada yang nak balik Kuantan. Tahun depan baru boleh beraya bersama-sama kat Kelantan . Orang dah berkahwin ni kena la begilir-gilir ( sy pun dah kawin jgk hihi ). Nasib la sy kawin dgn org satu kampong hehe satu kelebihan la yer   . Tahun pertama berpuasa dan beraya berstatus isteri orang. Seronok jugak!!hehe Menu utama bebuka puasa semalam , kari ayam dan of coz la budu (nyumiiii) tambah nasi 2 pinggan hihikk... ktorg berkelah dekat masjid putra , putrajaya . ramai jugak yg bukak puasa kat situ sebab dekat dengan masjid.. lepas makan boleh la terus pegi smyg magrib :) Cuba la eratkan silaturahim dengan keluarga korg yer . Selamat Berpuasa semua !! enjoy saat2 akhir ramadhan tahun 2015 dengan amal ibadah secukupnya :) tataa


 

 



Thursday, 9 July 2015

RESIPI : POPIA CHEESE CRAB

 
Bahan-bahan
  • Kulit Popia
  • Jejari Ketam
  • Cheedar Cheese
  • Daun Bawang
  • Tepung Gandum


Cara-Caranya:

1) Blend Jejari ketam bersama cheese. Blend sampai bahan sebati dan bersatu
2) Kemudian masukkan bahan yg diblend td ke dalam mangkuk,dan masukkan hirisan daun bawang
3) Tepung gandum dibancuh dgn sedikit air untuk di jadikan gam pelekat kulit popia
4)Masukkankan isi ketam & cheese td dan gulung kulit popia.Ulang sehingga habis(sedia untuk menggoreng)





Bahan-bahan untuk SOS:
  • 5 biji cili masak
  • 4 biji cili api merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan air
  • 5 sb cuka
  • 6 sb gula
  • 1 sk tepung jagung (Dibancuh dgn sedikit air)
  • Biji Bijan yg disangai


Cara-Caranya:
 
  1. Untuk sos cili,blend kesemua bahan kecuali tepung jagung dan bijan.
  2. Masak hingga mendidih dan masukkan tepung jagung,kepekatan ejas sendiri yer..
  3. Bila dah siap menggoreng popia,dan sos sudah terhidang,barulah boleh tabur biji bijan kedlm sos supaya nmpak lebih menyelerakan.