Followers

Sunday, 12 July 2015

IFTAR BERSAMA FAMILY




Alhamdulillah

 
Iftar bersama family sebelum semua balik kampong. Ada yang nak balik Kedah, ada yang nak balik Kuantan. Tahun depan baru boleh beraya bersama-sama kat Kelantan . Orang dah berkahwin ni kena la begilir-gilir ( sy pun dah kawin jgk hihi ). Nasib la sy kawin dgn org satu kampong hehe satu kelebihan la yer   . Tahun pertama berpuasa dan beraya berstatus isteri orang. Seronok jugak!!hehe Menu utama bebuka puasa semalam , kari ayam dan of coz la budu (nyumiiii) tambah nasi 2 pinggan hihikk... ktorg berkelah dekat masjid putra , putrajaya . ramai jugak yg bukak puasa kat situ sebab dekat dengan masjid.. lepas makan boleh la terus pegi smyg magrib :) Cuba la eratkan silaturahim dengan keluarga korg yer . Selamat Berpuasa semua !! enjoy saat2 akhir ramadhan tahun 2015 dengan amal ibadah secukupnya :) tataa


 

 



Thursday, 9 July 2015

RESIPI : POPIA CHEESE CRAB

 
Bahan-bahan
  • Kulit Popia
  • Jejari Ketam
  • Cheedar Cheese
  • Daun Bawang
  • Tepung Gandum


Cara-Caranya:

1) Blend Jejari ketam bersama cheese. Blend sampai bahan sebati dan bersatu
2) Kemudian masukkan bahan yg diblend td ke dalam mangkuk,dan masukkan hirisan daun bawang
3) Tepung gandum dibancuh dgn sedikit air untuk di jadikan gam pelekat kulit popia
4)Masukkankan isi ketam & cheese td dan gulung kulit popia.Ulang sehingga habis(sedia untuk menggoreng)





Bahan-bahan untuk SOS:
  • 5 biji cili masak
  • 4 biji cili api merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan air
  • 5 sb cuka
  • 6 sb gula
  • 1 sk tepung jagung (Dibancuh dgn sedikit air)
  • Biji Bijan yg disangai


Cara-Caranya:
 
  1. Untuk sos cili,blend kesemua bahan kecuali tepung jagung dan bijan.
  2. Masak hingga mendidih dan masukkan tepung jagung,kepekatan ejas sendiri yer..
  3. Bila dah siap menggoreng popia,dan sos sudah terhidang,barulah boleh tabur biji bijan kedlm sos supaya nmpak lebih menyelerakan.

 
 



Wednesday, 8 July 2015

RESIPI : CHEESEKUT OREO

 
Bahan-bahan
 

250g Tatura Cream Cheese atau boleh guna Philadelphia Cream Cheese

1 Paket Biskut Hup Seng

Fresh Milk Dutch Lady

Susu Pekat Manis.

Oreo (Optional) 


Cara-cara
  1. Pukul cream cheese dulu menggunakan mixer, lepas tu masukkan susu pekat (ikut suka nak masuk berapa byk) jgn byk sgt nnti kena kencing manis pulak hehe. kenapa kena pukul dulu cream cheese baru masukkan susu, sebab nak elakkan adunan jadi berketul.
  2. Dah sebati , boleh masukkan fresh milk. Kuantiti fresh milk bergantung kepada tahap kecairan yang anda inginkan. jangan terlampau cair pulak :) mixkan sampai sebati.
  3. Selepas itu, sediakan fresh milk tadi dalam mangkuk bagi nak celup/rendam biskut kita nanti. Ini bagi memastikan biskut tu kembang/lembut sikit. Sekejap jer celup jangan terlampau kembang sangat, nanti tak sedap.
  4. Susun dalam bekas cantik-cantik dan ratakan dengan cream cheese tadi. Buat layer by layer okay. Teknik sama macam kita buat kek batik. 
  5. Dalam pertengahan layer anda tu. Boleh la taburkan oreo yang telah di blend/ dipecahkan.
  6. Letak topping apa-apa bagi menambahkan seri cheesekut kita. Tapi SI guna oreo jugak. Anda boleh la letak nestum, milo, peanut, nutella dan sebagainya.
  7. Akhir sekali, masukkan dalam freezer cheesekut tadi dalam 6jam macam tu.





RESIPI : BUTTER CHICKEN SEDAP


Bahan-bahan

  • Isi Ayam
  • tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 butter
  • 2 sb susu pekat manis
  • 1 tangkai daun kari
  • garam
  • air





Cara-cara

1. Goreng ayam (celup dalam telur (pukul dahulu) dan gaul dengan tepung)
2. Panaskan kuali, cairkan butter
3. Masukkan bawang putih yang telah ditumbuk (goreng sampai kekuningan)
4. Masukkan sedikit air
5. Masukkan susu pekat manis dan sedikit garam
6. Masukkan ayam yg telah digoreng dan daun kari (gaul sehingga sebati)




RESIPI : SAMBAL TUMIS UDANG


Disebabkan en suami suka sangat dengan sambal tumis udang , kat sini sy nak share resipi sambal tumis udang paling sempoi ..haha :)



Bahan-bahan

  • 1/2 kg udang
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 sudu besar cili boh
  • 1 keping asam keping
  • air
  • minyak
  • garam
  • gula

Cara-cara

  1. blend semua bawang
  2. panaskan minyak dan tumis bahan yang di blend sehingga kekuningan
  3. masukkan cili boh dan asam keping, tumis sehingga pecah minyak
  4. masukkan sedikit air dan udang
  5. masukkan garam dan gula secukup rasa





Tuesday, 7 July 2015

RESIPI : BEBOLA COKLAT OREO




Bahan-bahan





  • Biskut Oreo
  • Cream Cheese (pada suhu bilik)
  • Coklat Masakan
  • Biskut Marie (bagi adunan banyak sikit – tak nak pun takpa)





Cara-cara



1. Hancurkan biskut Oreo terlebih dahulu. Guna blender paling senang.
2. Kemudian gaulkan biskut tadi dengan cream cheese hingga sebati.
3. Bentukkan adunan tadi bulat² . Saiz terpulang, nak besar pun boleh, nak kecil kiut miut pun boleh.
4. Sejukkan bebola oreo tadi selama 10 minit dalam peti sejuk.



 5. Sementara itu, cairkan coklat masakan dengan cara double boiling.
6. Keluarkan bebola yang telah disejukkan tadi, celupkan ke dalam coklat cair tadi.
7. Hiaskan mengikut kreativiti anda.
8. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk selama satu jam atau Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara.


 

RESIPI : CHOCO OAT BALL





Bahan-bahan

- 250gm cream cheese
- 3 sb coco powder
- 4 atau 5 camca besar oat
- 3 sb besar gula halus (lebihkan kalau nak manis)







  • satukan semua bahan - then putar dgn mixer sampai sebati.
 


  • adunan selepas diadun sebati.





  • bulat2kan dia - susun atas tudung periuk

 
  • golek2kan/salut ke dlm oat - sejukkan sekejap kat dlm fridge (sejuk beku).

 
  •  keluarkan dari fridge, aluminium foil siapkan potong kecik awal2, then balut choco oat ball mcm gula2.
  • masuk dlm bekas, and simpan balek dlm fridge sbb teksture choco oat ball ni bersifat lembik sbb dia full dgn cream cheese. Make sure simpan sejuk. Tak perlu kat tempat sejuk beku pun takpe.

 


 Recipe by : Dina Amalia Nordin










RESIPI : DURIAN CREPE







Kulit Crepe (18-20 keping )




Bahan -bahan

  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 sudu besar tepung ubi kentang
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 1/2 sudu besar tepung hong kong
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar gula icing
  • 2 biji telur saiz B
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • 3/4 cawan air (210ml)
  • 1/2 cawan susu segar (130ml)
  • sedikit esen vanila
  • beberapa titik pewarna kuning

Cara-cara

1. Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu
2. Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen
vanila, telor yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan
pewarna kuning. kacau guna whisk tangan je ye..kemudian tapis
3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana.
Sapu sikit pan ngan minyak. (saya guna tisu paper)..dah panas pan tu..angkat
kejap pan dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan..lenggangkan
pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan
tadi..kemudian letak balik atas dapur ..(saya tak guna senduk pun tuk ratakan
kulit tu..just layang2 kan/lenggangkan je shingga memenuhi permukaan) kejap
je letak atas dapur ye kemudian angkat..jangan lama sbb nanti hangus
kulitnya.tak payah terbalikkan sebb ia nipis mudah sangat masaknya
4. Ulangi hingga habis. boleh ditindih2 kulitnya insyaallah tak melekat




Filling Kastard + Durian
 



  •  2 sudu besar gula
  • 20 gm tepung kastard
  • 250 ml susu segar
  • 2 biji kuning telor
  • isi durian yang dihancurkan
  • Filling Whipping Cream
  • 500gm whipping cream
  • 2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)


Cara - cara

1. Dalam periuk non stick masukkan gula, tpg kastard, 2 biji kuning telor,dan
susu segar dlm 4 sudu dulu..Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian
tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi
2. Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga
kental/pekat. tutup api dan sejukkan kastard filling.
3. Isi Durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan
masukkan ke dalam piping bag. masukkan kedalam peti ais supaya ia tak cair
cara untuk filling Whipping Cream..
1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream,
tambah gula icing jika whipping cream anda tawar.. Jika whipping cream anda
sudah manis abaikan gula icing tu..
2. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan kedalam
piping bag dan letak dlm freezer sekejap supaya tak mencair.
Sekarang masa utk "membantalkan durian crepe"
sediakan kulit, letak whipping cream dulu (dlm gambar) , kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi..
Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal..haaa dah siap masukkan dlm freezer kejap dlm sejam dua supaya ia mengeras(jika durian crepe yang baru kluar dr freezer tu keras kejung tunggu biar kejap pada suhu bilik (tak lembut tak keras sangat)dan boleh dimakan..jgn keras sangat kang tercabut gigi cari saya plak) Selamat Mencuba
 

 

 
 
 
 
Recipe by Tahrunnisah Jali
 

RESIPI : KEK GULA HANGUS BERSARANG SEMUT



 
Bahan-bahan

  • 1 cwn gula ( klu nk kurang manis 3/4 gula)
  • 1 cwn air panas
  • 3 sd besar mentega
 Cara-cara


Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(hati hati sebab dia akan meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

Bahan-bahan
  • 4 bijik telor
  • 3/4 cwn susu pekat
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sd kecil soda bikarbonat
  • 1 sd kecil esen vanila
 
Cara-cara
  1. Pukul telor sampai kembang & pekat.
  2. Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata
  3. Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
  4. Tuang kan esen vanila
  5. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
 
Dibakar selama 1 jam suhu oven 160%C api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas & bawah.
atau
kukus selama 50-60 minit
 
**tips:
 
1. gula tu boleh dikacau, biarkan atas kuali gunakan senduk kacau dan jangan
biarkan sampai jadi warna koko gelap atau hitam. sebab nanti kek akan jadi terlalu pahit.
 
biarkan gula hangus tu jadi warna perang kemerahan sebab itu akan menjadikan kek anda cantik dan sedap. jgn risau, rasa dia akan sedap . tapi camana pun terpulang pada anda sebab warna gula hangus anda itu akan mempengaruhi rasa dan kecantikkannya.
 
2. PERHATIAN pukul telur jgn lama....dia akan keringkan kek, pukul sekadar telur kuning pecah n rata dah mencukupi 2-3 minit saja
 
masa masukkan susu dan tepung pun mesti kacau sekejap je sebab hasilnya nanti kek akan lembab n lembut....
 
warna kek nanti bergantung pada warna gula hangus yg anda buat nanti.
 
3.lagi satu tip mesti kena tutup tudung pengukus tu dengan kain di sekelilingnya