Followers

Wednesday, 8 July 2015

RESIPI : CHEESEKUT OREO

 
Bahan-bahan
 

250g Tatura Cream Cheese atau boleh guna Philadelphia Cream Cheese

1 Paket Biskut Hup Seng

Fresh Milk Dutch Lady

Susu Pekat Manis.

Oreo (Optional) 


Cara-cara
  1. Pukul cream cheese dulu menggunakan mixer, lepas tu masukkan susu pekat (ikut suka nak masuk berapa byk) jgn byk sgt nnti kena kencing manis pulak hehe. kenapa kena pukul dulu cream cheese baru masukkan susu, sebab nak elakkan adunan jadi berketul.
  2. Dah sebati , boleh masukkan fresh milk. Kuantiti fresh milk bergantung kepada tahap kecairan yang anda inginkan. jangan terlampau cair pulak :) mixkan sampai sebati.
  3. Selepas itu, sediakan fresh milk tadi dalam mangkuk bagi nak celup/rendam biskut kita nanti. Ini bagi memastikan biskut tu kembang/lembut sikit. Sekejap jer celup jangan terlampau kembang sangat, nanti tak sedap.
  4. Susun dalam bekas cantik-cantik dan ratakan dengan cream cheese tadi. Buat layer by layer okay. Teknik sama macam kita buat kek batik. 
  5. Dalam pertengahan layer anda tu. Boleh la taburkan oreo yang telah di blend/ dipecahkan.
  6. Letak topping apa-apa bagi menambahkan seri cheesekut kita. Tapi SI guna oreo jugak. Anda boleh la letak nestum, milo, peanut, nutella dan sebagainya.
  7. Akhir sekali, masukkan dalam freezer cheesekut tadi dalam 6jam macam tu.





No comments: